ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

GP Malaysia batal!

Sukan Permotoran

Views

Menerusi satu siaran media di laman Facebook rasminya petang tadi, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan pembatalan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2020. Menurut SIC, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Sepatutnya perlumbaan ini berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2020, namun akibat wabak COVID-19, penganjurnya Dorna Sports terpaksa merombak semula kalendar 13-pusingan dengan hanya perlumbaan di sekitar Eropah sahaja. Ini bermakna, perlumbaan di Malaysia terpaksa mengalami nasib yang sama seperti di Amerika, Argentina dan Thailand yang merupakan antara yang terpaksa dibatalkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, sebenarnya pihak SIC amat kecewa dengan pembatalan ini kerana kita tidak dapat menyaksikan aksi pelumba-pelumba tempatan seperti Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan pasukan PETRONAS Sepang Racing Team yang memulakan musim ini dengan cukup bergaya.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Tambah beliau, susulan wabak COVID-19, pihaknya juga perlu mengambil kira keselamatan orang ramai. Katanya, kita dapat menyaksikan peningkatan jumlah kehadiran pengunjung setiap tahun dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan rakan kongsi atas sokongan berterusan yang diberikan. Ini merupakan julung kalinya GP Malaysia tidak dapat dilangsungkan selepas lebih 20 tahun penganjurannya.

SIC ingin mengucapkan terima kasih kepada Dorna Sports, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kewangan, Shell Malaysia dan semua rakan kongsi atas sokongan yang padu buat mereka selama ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi SIC di talian +603 8778 2222 atau e-melkan kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply