ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin depan

Berita Tempatan

Views

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, proses nyah cemar bagi membendung wabak COVID-19 akan bermula di seluruh negara Isnin ini. Bernama melaporkan, proses nyah cemar yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah.

Untuk permulaan, proses ini akan menumpukan kepada kawasan berisiko tinggi terhadap jangkitan wabak itu, terlebih dahulu. Kata Ismail Sabri, setakat ini, 11 proses nyah cemar dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 11 pasar.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Jelas beliau, hari ini proses nyah cemar juga dilaksana di kawasan Seri Petaling. Beliau berkata proses nyah cemar juga akan dilaksana di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR). Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata misi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir akan dilaksana esok menerusi satu penerbangan khas.

Tanpa menyatakan jumlah rakyat Malaysia itu, beliau berkata mereka akan dibawa pulang dari Kaherah ke Brunei, dan seterusnya ke negara ini. Setakat ini, beliau berkata kerajaan berjaya membawa pulang 2,612 daripada 3,162 rakyat Malaysia di 60 negara.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Kata beliau, dua belas pesawat komersial juga bersedia membawa pulang 1,988 rakyat Malaysia dari India termasuk rakyat Malaysia berbangsa Sikh yang terkandas di Amritsar, Punjab, India. Proses membawa pulang rakyat Malaysia di India itu dibantu MIC yang menaja penerbangan tersebut.

Beliau menasihatkan rakyat negara ini yang masih terkandas di luar negara supaya menghubungi pejabat Kedutaan Malaysia terdekat dengan mereka untuk urusan pulang ke tanah air.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply