ARKIB

KATEGORI

Tular

Penunggang maut basikal hilang kawalan dan digilis lori

Tular

Views

Aktiviti berbasikal adalah trend riadah yang baik untuk kesihatan dan mula menjadi ikutan rakyat Malaysia ketika ini, namun ia mengundang bahaya jika tidak berhati-hati ketika di jalan raya. Pagi tadi tular satu hantaran dari seorang warganet yang merupakan saksi utama kes kemalangan maut yang membabitkan seorang penunggang basikal dengan sebuah lori.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Menurut Shukri Hassan, kejadian berlaku di persimpangan Puspanitpuri Presint 10, Putrajaya di mana mangsa telah hilang kawalan lalu bergesel dan digilis oleh lori tersebut. Kejadian itu berlaku didepan matanya ketika sedang dalam perjalan untuk berjogging di kawasan tersebut.

Kata Shukri, dia terus berhenti di tepi jalan dan menuju ke arah mangsa lalu memeriksa nadi si mangsa yang amat lemah. Dia terus menghubungi talian kecemasan dan 10 minit kemudian sebuah ambulans dan anggota polis tiba di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Setelah pemeriksaan dilakukan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia. Mangsa merupakan seorang wanita berbangsa Melayu dari Subang Saya yang datang ke Putrajaya seorang diri untuk berbasikal.

Shukri dalam masa yang sama berpesan kepada warganet yang meminati aktiviti ini supaya mengelakkan dari berkayuh bersendirian dan cuba berkayuh secara berkumpulan, Pesannya kepada penggemar lagi aktiviti ini, supaya berkayuh di lorong sebelah kiri kerana mangsa berkayuh di laluan sebelah kanan semasa kejadian tersebut berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shukri Hassan

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply