ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penutupan dua laluan di Gua Musang perlu dikaji semula – Martabat

Berita Tempatan

Views

Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Martabat Sejagat (Martabat) berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji semula arahan penutupan dua laluan di Gua Musang selama sebulan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

Setiausahanya, Mohd. Khairulhisham Norudin berkata, selaku pertubuhan yang mewakili anak perantau di daerah ini, pihaknya membantah tindakan penutupan laluan itu kerana ia merupakan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis.

Menurutnya, situasi itu dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan jalan raya luar biasa di samping mengganggu urusan seharian penduduk sekitar terutamanya musim perayaan yang bakal tiba nanti.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia melibatkan dua laluan utama yang digunakan pengguna serta laluan utama buat anak perantau di Kelantan setiap hari.

“Tindakan menutup laluan utama pada tempoh tersebut juga dikhuatiri memberi kesan terhadap kelancaran perjalanan pengguna jalan raya terutamanya buat anak perantau di Kelantan yang dijangka akan mula membanjiri daerah ini bermula 21 April nanti.

Menurut Mohd. Khairulhisham, mengikut jangkaan, kira-kira sejuta pengguna jalan raya akan melalui jalan berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 23 April depan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katanya, sehubungan itu, Martabat mencadangkan pihak berkaitan fokus terhadap kerja pemasangan cerucuk di laluan lain terlebih dahulu memandangkan penutupan yang dijangka berakhir pada hujung April tersebut berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Katanya, buat masa ini, terdapat banyak kerja-kerja masih belum dijalankan dan pihaknya tidak yakin tempoh sebulan mencukupi untuk melakukan kerja berkenaan.

Sementara itu, memetik kenyataan Pengarah JKR Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail di laman sosial Facebook berkata, pihaknya mengambil maklum kegusaran orang ramai mengenai kesan penutupan jalan yang akan meningkatkan kesesakan di musim perayaan yang akan tiba nanti. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply