ARKIB

KATEGORI

Tular

TULAR: Pemandu Nissan Almera didakwa tabur paku atas jalan dari tingkap kereta

Tular

Views

Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang pemandu kereta jenis Nissan Almera yang didakwa menabur paku ke atas jalan raya melalui tingkap keretanya.

Video yang dimuat naik pemilik akaun @IniAlalalannn di Twitter hari ini menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuk yang mengecam tindakan pemandu berkenaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Cela*** jenis tabur paku atas jalan ini, menyusahkan orang betul. “Aku doa sahaja kena dekat keluarga dia sendiri kemalangan sebab paku tabur atas jalan ini, baru ada akal.

“Dapat video yang dikongsikan banyak kali di kumpulan WhatsApp keluarga,” ciapnya. Menurut pemilik akaun itu, lokasi kejadian dikatakan berlaku di Lebuh Raya Ipoh – Lumut.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menjengah ke ruangn komen, ada beberapa pengguna lain menyifatkan tindakan tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab agar berlaku kemalangan semata-mata untuk mereka mendapat keuntungan.

“Kes macam ini kadang kala sengaja dibuat terutama pihak ‘towing‘, percayalah, kalau berlaku kemalangan, selang beberapa minit terus sampai mereka ini, tak perlu dihubungi. Pelik kan? tapi ini realiti mereka nak cari pelanggan,” kongsi Ahmad Munir.

“Rakam dan lapor pada polis, nombor pendaftaran pun jelas tu, biar kena tindakan pemandu tak ada otak macam itu,” ciap Shikin. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply