ARKIB

KATEGORI

Tular

Teruja jumpa Myvi generasi pertama di Scotland, pelajar Malaysia ni siap bergambar sakan!

Tular

Views

Sementara menunggu detik pelancaran Myvi facelift (2022) malam nanti, baru-baru ini tular beberapa foto yang memaparkan beberapa orang pelajar Malaysia di Edinburgh, Scotland terjumpa dengan generasi pertama model yang digelar “King” itu.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurut pemuat naik foto tersebut ke laman group Myvi Club Malaysia (Official) Mahziah Ramly, anaknya, Irfan Zulkiflee serta beberapa rakannya cukup teruja dan seronok apabila terjumpa dengan Myvi berwarna Olive Green itu di bumi Scotland.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Kata anaknya lagi, penemuan kereta itu turut menghilangkan rasa rindu buat pada Myvi birunya yang kini berada di Malaysia. Mereka turut tidak melepaskan peluang untu bergambar bersama Myvi tersebut sebagai kenang-kenangan.

Rata-rata warganet yang memberikan komen turut rasa teruja dan bangga kerana model kesayangan ramai itu masih lagi digunakan di sana. Setakat artikel ini ditaip, hantaran tersebut telah menerima lebih 1,200 tanda suka dan 322 perkongsian di laman Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mahziah Ramly

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply