ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Ativa dapat adik kembar baharu, Subaru Rex – Khusus untuk pasaran Jepun, enjin 1.2L NA sahaja

Berita Global

Views

Hari ini, bertambah satu lagi ahli daripada kembar tiga Daihatsu RockyToyota Raize dan Perodua Ativa i setelah Subaru turut memperkenalkan versinya yang dikenali sebagai Rex.

Nama Rex sebenarnya pernah digunapakai pada model ‘kei-car‘ terdahulu Subaru yang dikeluarkan antara tahun 1972 hingga 1992.

Senang cerita, Rex adalah Rocky yang mengenakan lencana Subaru. Hanya sedikit perubahan dibuat pada rekaan kemasan jeriji, manakala emblem nama Rex dan juga logo Subaru menggantikan emblem asal Daihatsu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Di dalam kabin, ia hampir sama sahaja dengan Rocky yang menerima kemasan kombinasi warna hitam dan jejalur warna merah.

Ia turut dilengkapi paparan instrumen digital TFT 7-inci dan unit infohibur gaya terapung 9-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Model yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-A) ini ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu G dan Z.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Varian asas, iaitu G dijual pada 1.82 juta yen (RM 59.4k), manakala varian tertinggi, Z dijual pada harga 2.17 juta Yen (RM71k).

Rex dikuasakan oleh enjin petrol WA-VE 1.2 liter tiga-silinder aspirasi alami (NA) yang menjana 87 PS dan daya kilas maksima 113 Nm yang dipadankan bersama transmisi CVT, pacuan roda hadapan.

Dari segi keselamatan, Rex turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Smart Assist yang merangkumi ciri seperti pemantau titik buta, brek kecemasan automatik, kawalan jelajah adaptif serta parkir automatik sebagai ciri pilihan.

Meskipun hanya versi ‘tukar lencana’, Subaru menyasarkan jualan Rex sebanyak 150 unit sebulan. Walaubagaimanapun, ia hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply