@fiqaaaaa97 Sampai dah ke ??? #habibiyarasulullah #habibi #axia2023 #peroduakemaman #allnewaxia2023 ♬ original sound – 😻😻.
Nampaknya, model pertama Perodua tahun 2023, Axia generasi kedua (D74A) kini sudah mula tiba di bilik pameran seluruh negara secara berperingkat.
Satu video telah dimuatnaik ke laman TikTok Perodua Kemaman memaparkan sebuah Axia 2023 (D74A) sudah berada di luar bilik pameran dan masih berselimut dengan kanvas hitam.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Ini merupakan tanda-tanda besar pelancaran yang dijangka pada 14 Februari nanti (Selasa minggu hdapan). Pada ketika ini pihak media berada di Sepang untuk sesi pratonton eksklusif dan juga pandu uji singkat Axia 2023 (D74A).
Dalam artikel semalam, kami difahamkan kembar Axia 2023 (D74A) iaitu dan Toyota Agya akan membuat debut pertama global di Indonesia pada hari Isnin minggu hadapan bersamaan 13 Februari 2023.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Manakala satu lagi kembarnya iaitu Daihatsu Ayla pula akan dilancarkan pada 15 Februari 2023, selang sehari selepas Perodua memperkenalkan Axia di Malaysia.
Nampaknya ketiga-tiga kembar tak seiras ini sudah tidak sabar lagi untuk ‘menggegar’ pasaran model hatchback kompak segmen-A dalam tempoh terdekat. Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI