ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Permukaan bergerigi pada jeriji City Hatchback bukan lebihan plastik, itu sebenarnya ‘penjana pusaran’

Info

Views

Penulis rasa terpanggil untuk berkongsi satu informasi menarik yang disampaikan oleh sahabat kami, Jebat Fadlysham menerusi akaun Facebooknya siang tadi.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Jebat pernah berkongsi info berkenaan dengan teknologi ‘Laser Brazing‘ yang digunapakai untuk menghasilkan reka bentuk belakang Honda City.

Jebat kini merupakan penasihat jualan jenama Honda dan merupakan mantan pereka di Proton|Design satu ketika dahulu. Jebat juga pernah mengeluarkan Rig Simulator buatan sendiri berjenama GEARZ Studio.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Kata Jebat, sebelum ini, ada seorang pelanggan pernah mengeluh kerana tuala pengelapnya sering terlekat pada bahagian jeriji. Pelanggan tersebut menyangka, tuala itu terlekat pada bucu lebihan plastik yang disebabkan acuan kurang baik.

Rupa-rupanya itu bukanlah lebihan plastik, tetapi adalah suatu ciri yang sememangnya direka khas dikenali sebagai ‘penjana pusaran‘ atau vortex generator.

Menurut pakar aerodinamik, Dr Aid Fawzal, fungsi penjana pusaran pada jeriji hadapan adalah bertujuan untuk mengubah jenis aliran, daripada aliran laminar ke bergelora/kecamuk (turbulence).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Aliran bergelora ini adalah lebih baik dalam ‘menarik haba‘ yang ada pada penukar haba (heat exchanger) – seperti pemeluwap (condenser), radiator dan intercooler.

Dengan adanya penjana pusaran, hatta kereta dipandu perlahan sekali pun ia sudah boleh mengubah aliran angin yang masuk ke dalam jeriji.

Ini sekali gus mengurangkan beban kerja pada kipas radiator yang selalunya terpaksa bekerja lebih keras sewaktu terperangkap dalam kesesakan trafik.

Sesuailah dengan City Hatchback yang direka untuk kegunaan dalam bandar yang hampir sepanjang masa sesak dan bergerak perlahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jebat Fadlysham

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply