ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat jualan 23,119 kenderaan pada bulan November

Berita Tempatan

Views

Perodua telah berjaya mencatat jualan 23,119 kenderaan pada bulan November dan pada hari ke-30, mereka berjaya mendaftarkan sebanyak 5,027 unit kenderaan, yang merupakan angka pendaftaran tertinggi yang pernah dicapai Perodua dalam sehari.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, jualan November kembali normal setelah mencatat rekod jualan selama dua bulan, 25,035 unit pada September dan 26,852 pada Oktober.

Axia muncul model paling laris dengan jualan sebanyak 6,318 unit, diikuti Myvi 6,295 unit, Bezza 6,224 unit, Aruz 2,617 unit dan Alza 1,665 unit. Setakat ini jualan Perodua telah mencecah 195,000 unit kenderaan dan mereka berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran akhir tahun, 210,000 unit.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Dua keutamaan Perodua pada masa ini adalah untuk memastikan seramai mungkin pelanggan menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun untuk menikmati harga ‘cuti cukai jualan’ serta terus menyokong ekosistem automotif Malaysia. Tambah Datuk Zainal, lebih 90 peratus daripada komponen kenderaannya diperoleh secara tempatan.

Ujar beliau lagi, Perodua akan terus memenuhi keperluan mobiliti seluruh rakyat Malaysia dengan kenderaan berkualiti yang selamat, praktikal, cekap bahan api dan menawarkan nilai terbaik, sambil membawa teknologi termaju pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply