ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kelibat unit ujian olok-olok kembar Perodua Alza (D27A) dikesan di Indonesia

Foto Intip

Views

Ini mungkin unit ujian olok-olok LMPV dari Toyota-Daihatsu yang akan diperkenalkan di Indonesia tahun depan. Kelibat model tersebut telah berjaya dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama Rizal ZeroTwo. Model tersebut juga diwar-warkan sebagai bakal menjadi Perodua Alza generasi baharu (namakod D27A).

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Di Indonesia model tersebut menggunakan namakod D26A dan ia akan menggunakan pacuan roda hadapan. Foto intip ini juga mengesahkan perkara tersebut kerana tidak kelihatan lagi rear differential pada unit ujian yang berjaya dikesan.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Besar kemungkinan LMPV ini merupakan versi pengeluaran dari model konsep Daihatsu HY Fun Concept yang telah dipertontonkan semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa GAIKINDO pada tahun 2019. Ada yang mengatakan model ini bukanlah pengganti kepada Toyota Avanza atau Daihatsu Xenia di Indonesia kerana ia merupakan produk baharu sepenuhnya yang akan bersaing dengan Mitsubishi Xpander.

Model ini akan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang juga menjadi asas kepada model SUV kompak Perodua D55L. Setakat ini kami masih belum ada maklumat lanjut mengenai D27A dan menurut Mat Bond pembangunan model telah bermula sejak Mei lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply