ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat jualan 7,886 kenderaan pada bulan Mei

Berita Tempatan

Views

Meskipun industri automotif tempatan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, Perodua masih mampu mencatatkan jualan sebanyak 7,886 unit kenderaan pada bulan Mei. Ia sekali gus membawa jumlah jualan setakat tahun ini (YTD) kepada 52,920 unit.

Berdasarkan jumlah keseluruhan industri YTD yang dianggarkan 129,401 unit, Perodua berjaya menguasai 41 peratus bahagian pasaran tersebut. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, situasi COVID-19 telah memberi kesan yang ketara terhadap jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Namun beliau bersyukur kerana Perodua berjaya mendekati angka jualan Mac pra-PKP hanya dalam tempoh hanya tiga minggu sejak kembali beroperasi di seluruh negara. Jualan Mei terdiri daripada 2,612 unit Myvi, 2,028 unit Axia, 1,820 unit Bezza, 950 unit Aruz dan 476 unit Alza.

Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan dalam bulan Mac sebelum PKP berkuat kuasa pada 18hb Mac. Tambah beliau, dalam era penjarakkan sosial dan tahap kesedaran kebersihan yang tinggi, pengangkutan persendirian memainkan peranan yang lebih penting.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Kenderaan diperlukan untuk perjalanan singkat dan dekat bagi membeli keperluan rumah. Pemandu seru pandu (e-hailing) juga telah bermula menggunakan kenderaan mereka untuk menghantar barang di samping mengangkut penumpang.

Katanya lagi, kenderaan Perodua amatlah sesuai untuk tujuan-tujuan tersebut, kerana kompak, mampu milik, cekap bahan api, boleh dipercayai, luas dan mudah dipandu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan Perodua atas kesetiaan dan sokongan mereka. Pihaknya turut yakin dapat memenuhi permintaan pelanggan dalam masa yang terdekat.

Sepanjang Jun, kempen Sambutan Bermakna Perodua menawarkan penebusan tunai khas sehingga RM1,300 untuk Aruz dan varian Myvi terpilih. Pembeli model lain pula akan mendapat e-baucar RM300 yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply