ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia siar video acah Supra dikemaskini – Bakal dilancarkan dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Toyota Malaysia membuat satu kejutan kerana bakal memperkenalkan model Supra yang dikemaskini tidak lama lagi. Sejak semalam, laman Facebook rasmi syarikat berkenaan telah mula menyiarkan video acah berjudul ‘Supra Improvement’ dengan kapsyen, “Siap sedia peminat Toyota. Supra sedang ‘memanaskan enjin’ untuk satu kejutan yang besar”.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Adakah ini memberi petanda yang model tersebut akan tiba di bumi Malaysia dalam masa terdekat? Model GR Supra yang dikemaskini itu telah diperkenalkan ke pasaran Amerika Syarikat pada bulan Februari lalu. Apa yang telah diperbaharui pada model tersebut?

Yang pasti prestasinya telah dipertingkatkan! Meskipun masih mengekalkan unit enjin B58 3.0 liter yang sama, para jurutera Toyota telah membuat penalaan semula dengan menambah 47 kuasa kuda dari versi sedia ada. Enjin tersebut kini mampu menjana 382 kuasa kuda dengan daya kilas maksima 499 Nm.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Ini mampu direalisasikan menerusi perubahan pada beberapa bahagian, sebagai contoh, set omboh rekaan baharu dan pancarongga (manifold) ekzos yang direka semula. Toyota turut menala semula casis dan penyerap hentak model ini, namun masih mengekalkan transmisi lapan-kelajuan automatik.

Selain itu, beberapa sistem telah diprogramkan semula, antaranya stereng berkuasa elektrik, suspensi adaptif, kawalan kestabilan elektronik dan pembezaan gelincir terhad (LSD) aktif pada gandar belakang. Ia bagi memastikan pengendalian yang lebih mantap setelah kuasanya meningkat dengan mendadak.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply