ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sambung operasi sepenuhnya mengikut norma baharu

Berita Tempatan

Views

Setelah dua bulan ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perodua secara rasminya telah kembali beroperasi sepenuhnya di semua 182 pusat jualan, 202 pusat servis dan 68 pusat Badan & Cat (B&P) di seluruh negara.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya telah selesai melaksanakan langkah-langkah penjagaan yang diperlukan disemua premisnya di seluruh negara bagi memastikan para pelanggan serta pekerja mereka dilindungi dalam situasi COVID-19 kini.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Tambah beliau, pengeluaran di Sungai Choh telah bermula sebahagiannya mulai11 Mei dan kini berjalan sepenuhnya. Selain itu, cawangan-cawangan Perodua telah memulakan operasi secara berperingkat dari 12 Mei dan mereka telah bekerja keras untuk memastikan semua langkah keselamatan dan kesihatan dilaksanakan dengan betul dan menyeluruh.

Pelanggan yang ingin menyelenggara kenderaan mereka adalah diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka. Buat masa ini “walk-intidak akan diterima bagi mengelakkan kesesakan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Semua pelawat mestilah menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pensanitasi tangan telah ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

Kata Datuk Zainal lagi, perlindungan ini adalah sebahagian daripada komitmen pihaknya terhadap kesihatan dan keselamatan bersama. Perodua amat berharap agar pelanggan dapat bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan Pengalaman Perodua berjalan dengan lebih baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply