ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej paten Toyota Yaris facelift bocor

Berita Global

Views

Beberapa imej paten Toyota Yaris facelift yang didaftarkan di Institut Harta Perindustrian Nasional Argentina telah tertiris di portal Parabrisas. Model yang dikemas kini itu dijangka akan diperkenalkan di negara Brazil tahun depan sebagai model 2022.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Yaris facelift menampilkan beberapa perubahan kosmetik, paling ketara adalah di bahagian hadapan. Perubahan terbesar adalah pada bahagian bampar dengan rekaan corong angin bawah jeriji yang agak besar. Bahagian dalam corong angin tersebut dihiasi gabungan corak heksagon memanjang dengan kemasan berwarna hitam.

Pada penjuru bampar depan pula kelihatan sepasang lampu kabus. Rekaan jeriji utamanya boleh dikatakan tidak banyak perubahan ketara berbanding model semasa. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat di bahagian depan adalah lampu utama yang besar kemungkinan menggunakan jenis LED yang digabungkan dengan jejalur lampu siang (DRL).

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Rekaan sisi masih kekal dan hanya bentuk rim sahaja yang mengalami perubahan dengan rekaan enam jejari berkembar. Di belakang, boleh dikatakan ia tidak diberi penekanan seperti di hadapan. Rekaan bampar boleh dikatakan hampir sama sahaja dengan model semasa, manakala bentuk lampu juga masih kekal.

Tidak dapat dipastikan sama ada rekaan ini akan turut dikongsikan untuk versi facelift Yaris di pasaran lain seperti di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia. Generasi keempat Yaris yang dibina dari pelantar modular baharu Toyota New Global Architecture (TNGA) dengan namakod GA-B telah pun dilancarkan di Jepun dan Eropah pada bulan Oktober tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif