ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ pandang serius aktiviti berbasikal di jalan raya

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.

Ujar beliau, dalam konteks undang-undang, basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan. Tambahnya, tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatkuasakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk diselaraskan.

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) JPJ di bangunan penyeliaan Plaza Tol (Lama) Jelapang di Km 268 Lebuhraya Utara Selatan semalam. Beliau berkata, JPJ akan mengambil langkah keselamatan dengan memberi advokasi pendidikan kepada pengguna basikal dalam konteks menggunakan jalan raya secara berhemah.

Kelmarin, tular gambar sekumpulan individu yang berbasikal di jejambat (flyover) Rasah Kemayan menuju ke Seremban Gateway, Negeri Sembilan yang menimbulkan kerisauan orang ramai berikutan persekitaran yang tidak selamat untuk aktiviti itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply