ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Saga warna baharu ke tu?

Foto Intipan

Views

Kelibat sebuah unit ujian Proton Saga telah berjaya dikesan oleh, Nazrin Tamin yang merupakan salah seorang ahli group Proton Saga VVT Community (Malaysia) di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh. Agak menghairankan unit ujian ini langsung tidak mengenakan sebarang celoreng penyamaran, namun kelihatan ia seperti menggunakan warna baharu.

Tapi menurut komen-komen di laman Facebook kami, ramai yang mengatakan warna tersebut pernah digunakan pada model Saga FLX dahulu. Mungkin Proton kembali menggunakan warna itu pada Saga facelift dan ia kelihatan sangat sesuai dengan reka bentuk model terebut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Selain warna baharu, unit ujian ini juga dilihat menggunakan rim aloi yang sama seperti model semasa Persona. Kami syak model ini merupakan ‘keldai ujian’ untuk versi facelift Saga yang bakal diperkenalkan nanti. Ada kemungkinan ia sedang menguji transmisi 4-kelajuan baharu dari Hyundai PowerTech yang dikatakan bakal menggantikan unit CVT dari Punch.

Unit ujian Saga facelift telah mula menjalani ujian di jalan raya, namun buat masa ini kami masih belum mendapat sebarang foto intipannya lagi. Kalau anda terjumpa Saga yang berceloreng penyamaran tu jangan lupa ambil gambar dan kongsikannya dengan kami nanti ye!

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply