Jika tahun ini Volkswagen dan Proton menukar identiti korporat atau logo baharu, tahun depan berkemungkinan besar giliran KIA pula bakal menukar logo korporat mereka. Menurut portal permotoran Motor1.com, logo baharu ini lebih ringkas, hanya menggunakan kombinasi abjad K, I dan A yang diolah dengan gaya yang lebih moden dan kontemporari dengan pilihan dua warna iaitu merah dan hitam.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Ia telah dihantar ke Korea Intellectual Property Rights Information Service (KIPRIS), namun tarikh pendaftaran dan tarikh penerbitan aplikasi masih belum diisi. Ini bermakna, KIA masih belum mendapat cop pengesahan dari pihak berkuasa tempatan, tapi ia dijangka diperolehi dalam masa yang terdekat. Menurut carian lebih lanjut, KIPRIS telah mendedahkan KIA sebenarnya telah mendaftarkan kedua-dua logo ini pada 19 Julai 2019.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Jika anda perasan, semasa Geneva Motor Show awal tahun ini, KIA telah memperkenalkan sebuah model konsep yang diberi nama Imagine. Logo yang tertera pada model konsep itu mirip logo baharu, yang berbeza cuma ia dipancarkan dengan cahaya berwarna putih.
Tidak dipastikan bila logo baharu ini bakal diperkenalkan secara rasmi dan mula dipakai pada model baharu keluaran KIA, namun ada laporan mengatakan yang logo ini hanya digunakan untuk model hibrid dan elektrik sahaja. Pada pandangan penulis yang merupakan seorang pereka grafik, logo baharu ini lebih segar dan sangat sesuai untuk mengambil alih logo sedia ada meskipun telah digunakan sejak sekian lama.
Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI