ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Petronas tarik balik tajaan untuk pasukan SRT? Pasukan Moto2 dan Moto3 turut dibubar?

Sukan Permotoran

Views

Ini berita tergempar yang bakal mengejutkan para peminat sukan permotoran khususnya dalam perlumbaan MotoGP. Penaja utama pasukan Sepang Racing Team (SRT), Petronas dikhabarkan bakal menarik balik penajaan untuk pasukan itu di MotoGP bermula musim depan (2022).

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut rakan media di MotoMalaya.net, dakwaan itu timbul menerusi laporan media antarabangsa yang turut mengatakan bahawa SRT akan turut membubarkan pasukan Moto2 dan Moto3. Difahamkan, pembubaran pasukan di Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha melindungi projek MotoGP.

Sementara itu, Yamaha turut dikatakan telah mengadakan perbincangan semula perjanjian bersama SRT, yang bakal menawarkan dua jentera M1 Spesifikasi-B bagi saingan 2022, berbanding satu spesifikasi kilang dan satu Spesifikasi-A yang digunakan pada musim ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Meskipun tiada pengumuman rasmi dari pihak Petronas mahupun SRT ketika ini, namun dijangkakan pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu berdepan dengan senario sukar ekoran ketiadaan penaja utama menuju musim baharu.

Manakala pembubaran Petronas Sprinta Racing Moto2 dan Moto3 juga turut menimbulkan satu lagi persoalan, iaitu apakah nasib pelumba tempatan antaranya Syarifuddin Azman@Damok dan Adam Norrodin yang dikaitkan dengan pasukan itu sebelum ini.

Nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply