ARKIB

KATEGORI

Buletin

PICKnGO dan MUDAcare berganding bahu dalam mencegah COVID-19

Berita Tempatan

Views

Anda tidak perlu risau dengan tahap kebersihan yang ditawarkan semasa menaiki mana-mana kenderaan seru pandu PICKnGO sama ada teksi mahupun kereta. Dalam menangani pandemik COVID-19, PICKnGO bekerjasama dengan MUDAcare untuk memperkenalkan pakej sanitasi kenderaan komprehensif yang menjanjikan sanitasi tahap-tinggi pada harga mampu milik.

Para petugas MUDAcare yang terlatih akan menyembur teksi terpilih dengan lapisan berasaskan titanium dioksida (N-TiO2) yang khusus untuk membunuh virus, bakteria dan kulat. Lapisan tersebut disembur pada pelbagai permukaan dalam kenderaan dengan menggunakan penyembur elektrostatik.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Selain berfungsi sebagai bahan anti-mikrob, N-TiO2 juga tidak beracun dan diluluskan oleh United States Food and Drug Administration (FDA) dan menerima pensijilan CE. Ini bermakna, ia menepati piawaian EU untuk kesihatan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar.

Ini merupakan langkah pencegahan tambahan yang diambil oleh PICKnGO memandangkan N-TiO2 terbukti bukan sahaja untuk memusnahkan dan menghalang mikroorganisma, tetapi ia turut memberikan perlindungan berpanjangan sehingga enam bulan.

Menurut Pengarah Eksekutif PICKnGO, Valerie Chan, pemandu teksi mungkin tidak mampu untuk mensanitasi kenderaan mereka setiap kali perjalanan, jadi pihaknya menggalakkan para pemandu mereka untuk menggunakan bahan N-TiO2 untuk memastikan teksi mereka dilindungi dalam tempoh yang lebih lama.

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Tambahnya, teksi yang telah disanitasi akan ditampal dengan pelekat MUDAcare bagi memberitahu penumpang yang teksi mereka naiki telah menjalani proses tersebut. Naib presiden kanan MUDAcare, Adrian Lau pula berkata, jenis sanitasi ini sangat sesuai untuk kawasan awam, terutama sekali pengangkutan awam kerana ia memberikan perlindungan lebih baik dan lama kepada penumpang.

Bagi menggalakkan pemandu teksi mereka mengekalkan rutin sanitasi MUDAcare, PICKnGO akan mensubsidi dan menanggung sebahagian daripada kos sanitasi. PICKnGO dan MUDAcare telah mensanitasi 100 teksi pertama hari ini dan ia akan diteruskan secara berperingkat.

Apa yang penting, penumpang tidak akan dikenakan sebarang kos tambahan dan boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang disanitasi oleh MUDAcare mulai 7 Julai. Orang awam turut digalakkan untuk mencuba perkhidmatan ini di Pusat PICKnGO di Shah Alam dengan menghubungi 016-3361636 untuk membuat janji temu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply