ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP Fasa 4 : Mohon kebenaran polis kalau nak melawat isteri-isteri

Berita Tempatan

Views

Mungkin berita ini bakal melegakan Abang Jamil (nama samaran) yang sedang tersangkut di rumah isteri keduanya. Berita Harian melaporkan, lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih dari lingkungan 10 kilometer (km) dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu sebelum ia diluluskan atau sebaliknya. Menurut beliau, seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Jelasnya, jika ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya. Tambahnya lagi, beliau sebagai Ketua Polis Selangor tidak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon untuk melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply