ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelindung muka Proton siap lebih awal

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Proton telah mula menyerahkan sebahagian daripada 60,000 unit pelindung muka kepada petugas barisan hadapan perubatan ke hospital-hospital di Kelantan dan beberapa negeri lain di Pantai Timur. Mereka menjangkakan keseluruhan proses penghasilan dan penghantaran komponen peralatan perlindungan diri (PPE) tersebut selesai dalam masa 20 hari, namun ia berjaya disiapkan lebih awal.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Menurut Proton, kumpulan terakhir pelindung muka tersebut dijangka bakal diserahkan pada 30 April 2020. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan sukarelawan syarikat yang bersungguh-sungguh menghasilkan pelindung muka tersebut.

Tambah beliau, Proton juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pos Logistics Berhad, kerana berjaya menghantar peralatan tersebut dengan selamat dan kepada HICOM-Teck See Manufacturing kerana menyumbangkan bahan untuk menghasilkan bingkai peralatan tersebut. Setakat jam 4 petang 28 April, penghantaran telah dilakukan ke 46 hospital di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Pada mulanya, tujuan Proton menghasilkan pelindung muka tersebut adalah khusus untuk petugas barisan hadapan perubatan namun bermula pada 4 Mei, mereka akan mula menghasilkan fasa kedua peralatan tersebut. Dengan mendapat kerjasama daripada syarikat induk iaitu DRB-HICOM, pelindung muka tersebut kemudiannya akan diedarkan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 yang lain seperti polis (PDRM), angkatan tentera (ATM) dan industri perkhidmatan lain.

Tambah Radzaif, untuk fasa kedua ini, pihaknya akan menghasilkan tambahan 60,000 unit pelindung muka dan edaran akan ditumpukan kepada anggota PDRM dan ATM yang mengawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penghasilan peralatan tersebut akan bermula pada 4 Mei dan memandangkan pada penambahbaikan yang dilakukan sebelum ini, beliau menjangkakan ia akan disiapkan pada 9 Mei.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply