ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS tutup lorong tambah nilai di plaza tol masuk mulai 24 Disember 2019 hingga 2 Januari 2020

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan media memaklumkan akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai 24 Disember 2019 hingga 2 Januari 2020. Ia bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2020. Penutupan lorong tambah nilai sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lorong tambah nilai di plaza tol.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Sehubungan itu, bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan pelanggan agar merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal selain memastikan baki kad mencukupi.

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada 2 juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa. Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas jika masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol kerana baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi sekaligus mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. Namun begitu, terdapat kira-kira 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasar raya dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan lebuh raya PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuh raya seliaan PLUS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply