ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton umum SOP baharu di pusat servis

Berita Tempatan

Views

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei 2020, Proton membuka semula semua pusat jualan dan servis serta pejabat korporat secara berperingkat. Bagi memastikan keselamatan 9,000 kakitangannya, Proton telah mengambil beberapa langkah pencegahan yang diperlukan untuk membendung penyebaran virus COVID-19.

Ia bertujuan untuk menjamin keselamatan pelanggan mereka dan setelah hampir dua bulan tidak beroperasi, Proton dijangka bakal menerima sejumlah besar pelanggan yang ingin melakukan servis. Oleh itu, Proton telah menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pusat- pusat servisnya yang akan digunapakai selagi jangkitan tidak dibendung sepenuhnya.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Antara langkah baharu yang dilaksanakan oleh Proton di setiap pusat servis termasuklah:

  • Pelanggan perlu membuat janji temu dan hadir ke pusat servis 20 minit lebih awal setelah waktu temu janji mereka disahkan. Proton tidak menerima pelanggan yang tidak membuat sebarang janji temu.
  • Tanda jarak sosial telah diletakkan di setiap kaunter pendaftaran, meja penasihat servis, kaunter pembayaran serta tempat menunggu pelanggan.
  • Semua pelanggan akan diminta untuk menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis dan perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan.
  • Pensanitasi tangan akan disediakan di kaunter pendaftaran serta poster keselamatan juga telah ditampal di semua pusat servis.
  • Setiap kereta pelanggan akan disanitasi setelah diservis dan sebelum diserahkan kembali kepada pemiliknya.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Selain itu, Proton turut mengehadkan jumlah janji temu yang diterima setiap hari bagi mengelakkan jumlah pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa. Menurut Pengurus Besar Selepas Jualan, Proton, Tan Kang Leng, pihaknya telah mengatur strategi untuk mempercepat setiap proses, dari pendaftaran sehinggalah ke penyerahan kereta kepada pelanggan bagi mengawal jumlah kakitangan dan pelanggan berada di dalam satu tempat pada waktu yang sama.

Tambahnya lagi, setiap penasihat servis dan juruteknik telah dimaklumkan dengan baik mengenai prosedur dan protokol yang harus mereka patuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Pelanggan yang ingin membuat janji temu boleh menghubungi pusat servis Proton terdekat atau melalui talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply