ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis PJ dapat bantuan FRU jaga sekatan jalan raya

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menerima bantuan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan sekatan jalan raya Op COVID-19. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata seramai 80 anggota dan empat pegawai FRU ditempatkan di daerah itu bermula hari ini.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Kata beliau, pihaknya telah menggunakan kekuatan maksimum melibatkan 930 anggota dan pegawai. Tambahnya, pertambahan dua lagi sekatan jalan raya di daerah ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan sekatan, oleh sebab itu mereka perlu untuk mendapatkan kekuatan tambahan daripada FRU.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk melaksanakan duty point atau pos kawalan bergerak bagi menempatkan peronda pejalan kaki di lokasi tertentu di daerah tersebut. Jelasnya, rancangan itu masih di peringkat kajian dari segi kekuatan anggota, logistik dan kawasan yang sesuai,

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sembilan kompaun telah dikeluarkan bagi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324) di daerah ini semalam. Katanya, kesemua sembilan individu berkenaan membabitkan warga tempatan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 selepas memberi alasan remeh termasuk berkumpul bersama rakan dan menghantar barang selepas pukul 10 malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply