ARKIB

KATEGORI

Buletin

Batman Mexico seru orang ramai duduk di rumah cegah COVID-19

Berita Global

Views

Tindakan lelaki yang memakai kostum lengkap Batman di bandar raya Mexico City sambil menyeru orang ramai supaya terus duduk di rumah wajar dipuji. Menurut Harian Metro, sambil memandu Batmobile, Batman ini meronda di bandar raya itu supaya orang ramai terus tinggal di rumah bagi menghalang penularan pandemik COVID-19.

Oddity Central melaporkan, lelaki tidak dikenali itu membelanjakan sejumlah wang dan memakai sut lengkap Batman untuk mengawal jalan utama di bandar itu, selain menggalakkan orang ramai melakukan penjarakan sosial.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Menerusi rakaman suara, Batman itu menyeru orang ramai supaya tinggal di rumah serta mengurangkan aktiviti di luar untuk menjadi wira melawan virus tersebut. Tidak jelas adakah pihak berkuasa Monterrey merasakan tindakan dilakukan Batman itu membantu mereka atau sebaliknya, namun mereka hanya membiarkan sahaja lelaki itu melakukan tugasnya.

Dia juga ditemubual pelbagai saluran berita tempatan dan mengakui tindakannya itu demi membantu pihak berkuasa menangani tindakan rakyat di ibu kota yang berterusan keluar dan enggan mematuhi perintah berkurung.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Batman tersebut berkata, dia menyeru kepada semua supaya memberi kerjasama kepada kerajaan, kerana dia tidak dapat menghapus virus itu bersendirian dan mahu orang ramai menjadi wira dengan hanya kekal tinggal di rumah.

Beliau faham keadaan itu rumit, namun katanya adalah lebih baik menonton televisyen, menghabiskan masa bersama keluarga anda dengan mengambil kesempatan ini. Katanya lagi, dia masih lagi lihat masih ada orang berada atas jalan seolah-olah tiada apa berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mexico News Daily

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply