ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis sahkan pemandu kereta melawan arus, mabuk

Berita Tempatan

Views

Ini satu lagi cerita mengenai pemandu mabuk. Astro Awani melaporkan, polis mengesahkan pemandu kereta jenis Ford Fiesta yang memandu secara melawan arus di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) berdekatan susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban sehingga mengakibatkan seorang maut pagi tadi memandu dalam keadaan mabuk.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, sampel darah lelaki berusia 30 tahun itu telah pun diambil dan didapati positif alkohol. Jelas beliau, lelaki itu masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban atas kecederaan dialami dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Kemalangan pada jam 3.20 pagi tadi melibatkan dua kereta serta tiga motosikal dan pemandu kereta yang maut dikenali sebagai Abdul Salam Saad, 34, dari Felda Keratong 5, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. Kata Mohd Nor, ketika kejadian Abdul Salam yang memandu kereta Proton Persona dan tiga penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.

Tambahnya, sebaik sahaja tiba di lokasi, kereta Ford Feista dari arah Kajang dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam lalu bertembung dengan kereta yang dipandu Abdul Salam. Akibat kemalangan itu, Abdul Salam meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala, manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal jenis Yamaha berusia 16,17 dan 21 tahun hanya cedera ringan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply