ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

TOYOTA GAZOO Racing hangatkan litar Stadium Batu Kawan

Sukan Permotoran

Views

Bermula semalam hingga hari ini, litar jalanan Stadium Batu Kawan dihangatkan oleh aksi para pelumba yang bersaing dalam tiga kategori di kejohanan Toyota Vios Challenge sempena Festival Perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing (TGR). Tengku Djan Ley, Hayden Haikal dan Shawn Lee muncul sebagai pemenang perlumbaan masing-masing sekali gus mendahului kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional.

Dalam kategori Super Sporting, Raja Drift, Tengku Djan Ley teknik kemahiran pemanduan luar biasa, mendahului dari petak pertama hingga ke garisan penamat dengan kelebihan 5 saat dari pemenang tempat kedua dari pasukan Laser Motor Racing, Mark Darwin dan pemenang tempat ketiga dari pasukan Dream Chaser, Brendan Paul Anthony. Keadaan cuaca yang panas membuatkan kesemua pelumba bergelut untuk mendapatkan cengkaman tayar.

Kelas Sporting pula menyaksikan, pelumba pasukan Aylezo Motorsports, Mirza Syahmi Mahzan mendahului pesaingnya dari petak pertama dan menamatkan perlumbaan 22 pusingan itu dengan bergaya. Pelumba dari pasukan S&D Motorsports, Hayden Haikal berada di tempat kedua, diikuti oleh Kenneth Koh dari pasukan Panglima City Racing Team ditangga ketiga dan Adam Khalid dari Crestmax Motorsports di kedudukan keempat.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Perlumbaan selebriti atau kategori Promotional menyaksikan, Shawn Lee yang menduduki petak hadapan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Nabil Ahmad pula hanya berpuas hati di tempat kedua manakala Shukri Yahaya melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga. Walaubagaimanapun, perlumbaan terpaksa bermula dengan bantuan ‘safety car‘ akibat hujan, namun setelah 6 pusingan saingan berlangsung seperti biasa.

Nabila Razali pula muncul sebagai ‘bunga terpantas’ di litar, dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat, diikuti oleh Wany Hasrita di tempat kelima dan Janna Nick di tempat keenam. Selain menyaksikan kehebatan para pelumba di litar, peminat di Pulau Pinang turut berpeluang untuk melihat dan memandu uji model-model baharu Toyota.

Mereka juga dapat menyaksikan sendiri kehebatan pelumba drift dari Jepun yang dibawakan khas oleh Toyo Tires, serta aktiviti-aktiviti lain seperti cabaran simulator lumba, permainan jalanan, persembahan selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati dan sesi autograf yang membolehkan pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan para pelumba selebriti dalam kelas Promotional.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Antara tarikan lain adalah pameran motosikal dan cenderahati dari jenama Harley Davidson dan Moto Guzzi, pertandingan bey blade, jualan model die cast Hot Wheels dan pameran oleh Art of Speed. Sebagai bonus tambahan, kesemua kenderaan yang dibeli semasa acara berlansung didatangkan dengan baucar servis bernilai RM200 secara percuma!

Berikut adalah keputusan hari pertama Toyota Vios Challenge:

Kelas Promotional
1. Shawn Lee
2. Nabil Ahmad
3. Shukri Yahaya
4. Nabila Razali
5. Wany Hasrita

Kelas Sporting
1. Hayden Haikal S&D Motorsports
2. Kenneth Koh Panglima City Racing Team
3. Adam Khalid Crestmax Motorsports
4. Bradley Benedict Anthony Dream Chaser
5. Haji Sutan Mustaffa Salihin SMS Motorsports

Kelas Super Sporting
1. Tengku Djan Ley 23 Motors
2. Mark Darwin Laser Motor Racing
3. Brendan Paul Anthony Dream Chaser
4. Boy Wong
5. William Ho

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply