Nampaknya pasukan unit Homologasi dan Ujian dari pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton masih lagi rancak menguji SUV kompak yang bakal dilancarkan tahun ini, X50. Kelibat unit ujian X50 yang masih sarat dengan celoreng penyamaran ini telah berjaya dikesan dan sempat dirakam oleh Khairul Wasiril Aswad, semalam. Eh, hari Ahad pun geng Proton tak cuti ke?
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
Tidak pasti di mana ia ditemui dan ke manakah hala tujunya ketika itu. Kami jangka unit yang dikesan ini adalah versi sebenar Proton X50 yang menggunakan jeriji dengan elemen rekaan busur (Ethereal Bow) bersama dengan motif Infinite Weave kerana unit tersebut sedang berlegar di jalanan ketika ini.
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
Dalam artikel terdahulu, menurut risikan Mat Bond, pengeluaran X50 dijangka bakal bermula sekitar bulan Julai atau Ogos. Fasa percubaan dijangka bermula pada bulan Mei dengan jumlah yang agak terhad, 90 unit sebulan.
Kami meramalkan model ini bakal dilancarkan antara bulan September atau Oktober tahun ini.Tiada perkembangan mutakhir diperolehi buat masa ini dan kami akan cuba merisik maklumat terbaharu dalam masa terdekat, nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
KOMEN TERKINI