ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rancang barisan NEV komprehensif, Zeekr berpotensi dibawa masuk ke Malaysia

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyertai pratonton rangkaian model Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di bawah Kumpulan Geely semasa lawatan ke Zeekr Intelligent Factory di Hangzhou Bay, Ningbo, China.

Ditubuhkan pada 2021, Zeekr, ialah jenama kereta elektrik premium yang dimiliki oleh Geely Automobile Holdings. Kilang Pintar Zeekr pula memaksimumkan penggunaan aplikasi IR4.0 dan 5G.

Semasa lawatan itu, beliau telah dibawa melawat fasiliti teknologi tinggi di sana serta mengadakan perbincangan dengan Geely dan Proton berhubung strategi NEV dan Teknologi Pintar.

Ini termasuk sesi pandu uji yang meliputi rangkaian produk seperti kereta penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV), “trak pikap gaya hidup” dan kenderaan komersial.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Lawatan ke Ningbo diadakan sehari selepas Forum Perniagaan Malaysia – China diadakan di Beijing untuk pemimpin-pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara dan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Acara turut menyaksikan pemeteraian dokumen perjanjian induk (HoA) antara DRB-Hicom dan Geely untuk bersama-sama melabur, mengurus dan membangunkan Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim sebagai bandar pintar dan hab untuk Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV).

AHTV dijangka mampu menarik pelaburan bernilai sebanyak RM32 bilion bagi tempoh 10 tahun akan datang. Proton telah menetapkan strategi NEVnya untuk masa terdekat, meskipun kereta berenjin pembakaran dalaman tradisional (ICE) kekal sebagai tunjang utama rangkaian modelnya.

Langkah pertama adalah menerusi pelancaran SUV ketiganya, Proton X90 yang dikuasakan oleh versi hibrid sederhana enjin 1.5 TGDInya. Ini disusuli dengan pengenalan smart #1 oleh PRO-NET ke pasaran Malaysia pada suku keempat 2023.

Selepas lawatan menteri MITI, kini terdapat rancangan untuk memperluaskan rangkaian tawaran dan menyertakan segmen kenderaan yang baharu kepada Proton.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar, lawatan ke Ningbo menunjukkan perkongsian Proton dan Geely akan terus berkembang dengan pelaksanaan program NEV.

Sebagai jenama nasional, Proton akan memainkan peranan aktif dalam menyumbang secara signifikan ke arah mencapai matlamat negara. Sejak 2018, Proton telah melabur lebih RM3.3 bilion sebagai sebahagian daripada inisiatif pemulihan prestasinya.

Proton mempunyai pejabat tetap di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou untuk memudahkan semua aktiviti pembangunan antara pasukan kejuruteraan.

Mereka juga telah menempatkan 18 jurutera yang berpangkalan di Institut Penyelidikan Geely pada fasa pertama program R&D dan NEV. Lebih ramai jurutera akan ditugaskan dalam masa terdekat bagi membantu mempercepatkan pemindahan teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, Proton akan mengembangkan fokus kami untuk merangkumi aspek lain, sebagai contoh pembangunan infrastruktur pengecasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply