ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program SME Corp Micro Connector sasar 5,000 Warong Riders

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) kini sedang aktif mengadakan pelbagai program yang dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan serta merangsang aktiviti perniagaan untuk masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara program terbaharu diperkenalkan termasuk program khidmat penghantaran atau delivery riders melalui Tekun Nasional dan SME Corp. Kata beliau, sehingga kini, kementerian telah mewujudkan seramai 2,114 penghantar makanan di bawah program Tekun Mobileprenuer.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Tambah beliau, di bawah program SME Corp Micro Connector pula, kementerian menyasar mewujudkan 5,000 Warong Riders. Beliau berkata, pihaknya mendapati ada peningkatan (permintaan) untuk perkhidmatan penghantaran ini berikutan daripada arahan kawalan pergerakan.

Katanya lagi, ini peluang yang dapat dipertimbangkan masyarakat terutama mereka yang kehilangan pekerjaan kerana COVID-19. Tambahnya, mereka yang berminat menjadi penghantar makanan, dipelawa untuk menyertai program SME Corp Micro Connector dan menjadi Warong Riders.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Sementara itu, hampir RM1 juta menerusi geran di bawah program Minor Rural Project (MRP) diedarkan kepada penerima di Santubong untuk digunakan bagi aktiviti dan projek yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah itu, RM854,600 diserahkan kepada 27 organisasi di kawasan terbabit.

Antara penerima bantuan termasuk sekolah, surau dan pertubuhan bukan kerajaan di kawasan Parlimen Santubong. Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, pihaknya berharap supaya peruntukan diberikan dapat membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Warong Rider HQ

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply