ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek HSR mungkin tanpa penyertaan Singapura?

Berita Tempatan

Views

Portal Free Malaysia Today semalam melaporkan, Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dijangka disambung semula tanpa penyertaan Singapura, menurut sumber. Sumber tersebut berkata, pelan baharu itu menetapkan laluan berakhir di Johor Bahru bukannya Singapura.

Mei lalu, Singapura bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk menangguhkan permulaan projek berkenaan hingga akhir tahun ini bagi membolehkan perbincangan mengenai perubahan yang diinginkan Putrajaya. Dua sumber memberitahu FMT, perubahan itu termasuk pilihan untuk meneruskan projek berkenaan tanpa penyertaan Singapura.

Mereka berkata, Putrajaya sudah memaklumkan Singapura mengenai perubahan dalam pelan itu. Ini bermaksud, laluan kereta api itu akan berakhir di Johor Bahru, bukan menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Kedua-dua sumber dihubungi FMT itu mengkritik keputusan terbaru Putrajaya, dengan seorang menyatakan ia akan menimbulkan persoalan mengenai kemampanan projek mega berkenaan.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Kata salah seorang sumber, HSR disebut-sebut sebagai ‘game changer’ kerana ia akan memastikan perjalanan antara KL dan Singapura hanya memakan masa 90 minit. Tambahnya, ia adalah antara perjalanan udara paling sibuk di dunia, jadi terdapat permintaan kepada aliran transit itu. KL dan Johor Bahru sudah tersedia dengan penerbangan domestik dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Beliau turut merujuk kepada projek Perkhidmatan Tren Elektrik oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd, yang akan menyaksikan seluruh pantai barat dihubungkan dengan rel pada 2022. Laluan itu akan menghubungkan KL Sentral ke JB Sentral dengan kelajuan tren mencapai 160km sejam. Katanya, apabila projek berkenaan siap, kita akan mempunyai dua landasan yang menghubungkan KL ke JB dan ia sekaligus bertindih.

Sumber lain berkata, mengetepikan Singapura daripada projek itu boleh merumitkan hubungan antara dua negara, menyatakan Singapura sudah menanggung perbelanjaan dan ia akan menuntut pampasan daripada Malaysia. Ujarnya, Singapura menyatakan pendiriannya secara jelas ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan pembatalan projek berkenaan.

Tambahnya, negara tersebut akan menggunakan haknya untuk mendapatkan pampasan dan ia akan menjadi sangat mahal kepada pembayar cukai. Beliau berkata, dilaporkan Singapura akan meminta pampasan kira-kira SGD$250 juta (RM760 juta).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ketika dihubungi FMT, Suruhanjaya Tinggi Singapura berkata, pihaknya percaya projek HSR akan memanfaatkan kedua-dua negara dan mengulangi komitmennya untuk memenuhi tanggungjawab yang termaktub dalam perjanjian dua hala. Katanya, pembinaan projek berkenaan ditangguhkan dua kali atas permintaan Malaysia, dengan lanjutan berakhir tahun ini.

Singapura dan Malaysia memeterai perjanjian dua hala Kuala Lumpur-Singapura HSR pada Disember 2016 dan ia adalah perjanjian antarabangsa yang masih berkuatkuasa sehingga kini. Tambahnya, semasa tempoh penangguhan, Malaysia mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR dan pihaknya berbincang secara baik mengenainya dengan Malaysia.

Katanya lagi, mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memuktamadkan perbincangan dengan Malaysia menjelang 31 Disember. Bagaimanapun jika pada 31 Disember, Malaysia memutuskan tidak meneruskan projek HSR, berdasarkan perjanjian yang disepakati oleh kedua-dua pihak, Malaysia akan menanggung kos yang dipersetujui Singapura dalam memenuhi perjanjian dua hala tersebut.

Apa pun, kita nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung dengan projek ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply