ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek perintis ujian memandu ‘eTesting’ bermula, tiada lagi pegawai JPJ dalam kenderaan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan melancarkan projek perintis sSistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) hari ini yang membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.

“Bagi penggunaan sistem terbabit, institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon memilih menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.

Calon ujian juga akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian selain mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Bagaimanapun, buat permulaan calon diberi pilihan untuk menjalani ujian manual atau eTesting,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja pelaksanaan inisiatif eTesting di Institut Memandu Surfine Hitech, Hulu Langat di sini, hari ini.

Projek perintis eTesting dimulakan di tiga institut memandu di IM Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi, Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pelaksanaan sistem eTesting membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada iaitu kira-kira 150 calon pada satu hari.

Malah, beliau berkata, jumlah pegawai penilai JPJ yang bertugas di satu institut memandu juga boleh dikurangkan kepada dua orang berbanding enam orang ketika ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, sistem itu dapat meningkatkan integriti, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.

“Kita mengalakkan semua institut memandu untuk menawarkan ujian memandu berasaskan eTesting. Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada institut memandu bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah eTesting.

“Institut memandu boleh memilih penyedia perkhidmatan eTesting yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Projek eTesting iaitu Syarikat Uji Bestari Sdn Bhd; Syarikat TBS Solutions Sdn Bhd dan KOPIMA Technology Sdn Bhd,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga lagi penyedia perkhidmatan eTesting masih dalam fasa penilaian dan akan diumumkan kemudian. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply