ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Accord 2024 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, nak masuk pasaran Malaysia ke?

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - HONDA ACCORD (2024)

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian model generasi terkini, Honda Accord (2024).

Sedan segmen-D yang dijual di pasaran Thailand dan Indonesia ini muncul sebagai model pertama yang dinilai oleh ASEAN NCAP pada 2024 dan ujian tersebut telah dijalankan di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025.

Model itu telah dinilai oleh ASEAN NCAP pada 2019 di bawah protokol 2017-2020, di mana ia berjaya mencatatkan skor keseluruhan 91.79 mata dengan penarafan 5-bintang menerusi tiga kategori penilaian iaitu AOP, COP dan SA.

Generasi ke-11nya yang dilancarkan pada penghujung 2023, telah menjalani penilaian kedua dengan ASEAN NCAP melalui protokol ASEAN NCAP semasa untuk 2021-2025.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Honda Accord 2024 telah mencatatkan keputusan cemerlang dengan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 87.44 mata.

Protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Honda Accord 2024:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 38.63 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.75 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 18.57 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 12.50 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Honda Accord 2024 didatangkan dengan pelbagai keselamatan untuk semua variannya, seperti lapan (8) beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang, Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara Bandar, AEB Pejalan Kaki, Visualisasi Titik Buta (BSV) untuk bahagian penumpang hadapan, Suluhan Lampu Tinggi Auto (AHB),Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (PP) dan Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (CPD).

Selain itu, model sedan ini turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi bantuan keselamatan yang canggih, yang ditawarkan sama ada sebagai peralatan standard atau pilihan yang terdiri daripada Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantau Tumpuan Pandu (DAM), FCW untuk Motosikal dan AEB untuk
Motosikal.

Adakah ujian ini memberi petanda awal yang Honda Accord 2024 mungkin dibawa masuk ke pasaran Malaysia tahun ini selepas Thailand dan Indonesia? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply