ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tayang lakaran rasmi Golf 2020

Berita Global

Views

Setelah beberapa kali diintip kelibat model ujian, akhirnya Volkswagen mula mengusik jiwa warganet dengan menayangkan lakaran rasmi Golf generasi terbaru. Model generasi kelapan ini bakal membuat kemunculan sulung pada 24 Oktober sebelum dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember nanti.

Menurut Volkswagen, Golf 2020 bakal menjadi pelopor dalam terma teknologi dan ciri-ciri ketersambungan. Penggayaan luarannya kini berevolusi namun masih mengekalkan beberapa ciri reka bentuk tradisi model-model terdahulu yang diolah dengan penampilan lebih aggresif dan dinamik.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Rekaan hadapan nampak lebih garang dan sporty dari lakaran ini, dengan reka bentuk lampu depan yang kecil tetapi ruang udara pada bamparnya kini lebih besar dan lebar. Jeriji depannya sangat nipis seakan jejalur yang bersambung dari lampu dengan emblem baharu Volkswagen berada di tengah-tengah.

Reka bentuk kabin kini telah berubah secara agak drastik dengan papan pemuka serba baharu yang dihiasi kemasan aluminium dan krom. Paparan infohiburan bersaiz besar yang bergabung dengan kluster instrumen digital dan satu lagi paparan di sebelah kirinya menjadikan papan pemukanya lebih futuristik.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Kawalan suhu sistem pendingin hawa juga nampak canggih dan hanya memerlukan sentuhan butang yang berada di bawah skrin sentuh di tengah. Secara keseluruhan rekaan papan pemuka Golf 2020 lebih ringkas, kemas dan sedap mata memandang.

Golf 2020 bakal dijana oleh beberapa pilihan enjin sama ada jenis petrol dan diesel, selain hibrid plug-in yang akan turut digunakan pada model Passat GTE. Dijangka pada tahun depan, varian Golf bakal disertai dengan kehadiran dua versi hot-hatch, Golf GTI dan Golf R.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply