ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Commerce mahu catat rekod baharu jumlah pinjaman tahun ini

Berita Tempatan

Views

Proton telah berjaya mencatatkan jualan kumulatif pada suku pertama tahun ini, sekali gus berada pada paras tertinggi sejak Mac 2012. Ini menunjukkan minat yang kuat terhadap barisan model keluaran mereka. Kejayaan ini juga memberi kesan ke prestasi anak syarikat mereka dan bagi Proton Commerce Sdn. Bhd. (Proton Commerce) ia mungkin mampu mencatat rekod baharu bagi jumlah pinjaman.

Proton Commerce telah mengalami penambahan jumlah pinjaman yang sepadan dengan penambahan jualan kenderaan. Pada 2018, sebanyak 5,410 pinjaman telah diluluskan dan jumlah ini hampir berganda dua kali ke 10,668 pinjaman pada tahun seterusnya.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Meskipun industri kewangan terjejas pada 2020 akibat wabak COVID-19 dan moratorium pinjaman untuk untuk meringankan beban peminjam, Proton Commerce berjaya meluluskan 14,189 pinjaman. Pada tahun ini, syarikat ingin mencatat rekod baru dengan sasaran 20,000 pinjaman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce, Mooi Fi Phang, peningkatan kualiti, penambahan pengedar and pelancaran produk baharu oleh Proton telah berjaya meningkatkan daya tarikan kepada barisan modelnya yang jelas memberi kesan kepada jumlah permohonan pinjaman yang mereka terima.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Tambah beliau, jumlah pinjaman yang diluluskan suku pertama tahun ini telah meningkat sebanyak 42.3 peratus dan pihaknya yakin kadar penambahan pada suku kedua akan meningkat lagi. Namun, pasaran sewa beli mungkin mengalami cabaran pada separuh masa kedua tahun ini kerana insentif cukai jualan PENJANA akan berakhir pada bulan Jun.

Selain daripada penambahan permohonan pinjaman, Proton Commerce juga melihat perubahan dalam demografi pelanggannya dan Mooi berkata umur pembeli Proton semakin menurun, menunjukkan barisan produk sekarang berjaya menarik minat pembeli muda di Malaysia.

Beliau juga berkata sebanyak 80 peratus pelanggan Proton Commerce memilih rancangan pinjaman sewa beli selama 9 tahun dan jumlah pinjaman terjejas pula adalah tiga kali lebih rendah dari purata industri. Tambah Mooi, pihaknya berharap dapat menyumbang keuntungan yang baik kepada pemegang saham.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply