ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rempuh kedai runcit gara-gara tertekan injak pecut

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, sebuah kereta dipandu wanita berusia 41 tahun merempuh kedai runcit yang berada di seberang jalan di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora, dalam kejadian jam 9 malam itu, wanita yang memandu kereta jenis Proton Saga bersama anaknya berusia 15 tahun dipercayai sedang keluar dari simpang berhadapan kedai dobi.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Jelas beliau, wanita itu terkejut apabila sebuah motosikal secara tiba-tiba melintas di hadapannya lalu tertekan injak pecut yang disangka injak brek. Ia menyebabkan keretanya meluncur ke hadapan sebelum merempuh sebuah kedai runcit di seberang jalan.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Tambah beliau, pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 167/59. Punca kemalangan akibat pemandu gagal mengawal kenderaannya ketika keluar simpang sehingga menyebabkan kemalangan.

Kata beliau lagi, pihaknya berharap pengguna jalan raya faham tanggungjawab mereka serta mengamalkan sikap pemanduan berhemah dalam menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nor Fazlan‎

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply