ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton daftar tanda dagang iN-Touch, iN-Power dan iN-Drive

Berita Tempatan

Views

Rakan media kami di Wapcar.my telah berjaya menemui beberapa nama baharu yang difailkan oleh Proton untuk tanda dagang di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Namun ia bukanlah nama-nama cadangan untuk model baharu Proton, tetapi ia mungkin bakal digunapakai untuk penjenamaan semula beberapa perkara berkait rapat dengan ciri-ciri atau teknologi pada kenderaan bagi tujuan pemasaran.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Ada tiga nama yang baharu sahaja didaftarkan di portal MyIPO, antaranya iN-Touch, iN-Power dan iN-Drive. Menurut Wapcar, besar kemungkinan istilah iN-Touch akan digunakan untuk sistem infohiburan. iN-Power dijangka bakal menjadi nama baharu untuk teknologi enjin Proton, manakala iN-Drive pula mungkin akan menggantikan istilah “Proton Ride and Handling“.

Secara kebetulan pula, rakan teknikal asing Proton, Geely telah menggunakan jenama iNTEC untuk memperkenalkan teknologi kenderaan mereka. Menurut Geely, iN dalam iNTEC mewakili gabungan beberapa istilah iaitu Pintar (Intelligent), Bersepadu (Integrated) dan Mengikut arus semasa (In-Trend), manakala TEC pula bermaksud teknologi baharu untuk mempertingkatkan kehidupan manusia.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Ada lima teknologi yang menjadi teras jenama iNTEC iaitu keselamatan, keterhubungan, penjana kuasa, persekitaran dalaman dan pemanduan autonomi. Kami jangka dengan penggunaan nama baharu bagi tujan pemasaran ini akan memberikan identiti tersendiri dan juga nilai tambah kepada teknologi berkenaan.

Ia juga akan memudahkan orang ramai untuk mengenali nama teknologi yang bakal digunakan nanti. Sebelum ini, Proton telah mendaftarkan tanda dagang untuk  beberapa nama model seperti S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply