ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan istimewa kepada graduan baharu dan kakitangan kerajaan

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat para graduan baharu dan kakitangan kerajaan yang ingin memiliki kereta Proton! Proton bersama Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan istimewa kepada mereka untuk model-model terpilih dan ia sah sehingga 31 Disember 2019.

Pakej ini menyediakan pembiayaan sehingga 100 peratus bagi setiap pembelian dan terdiri daripada dua jenis kadar pembiayaan istimewa, iaitu An-Naqlu 1 yang menawarkan pembiayaan 90 peratus bermula pada kadar menarik sebanyak 2.88 peratus setahun. An-Naqlu 2 pula menawarkan pembiayaan 100 peratus bermula pada kadar sebanyak 3.30 peratus setahun.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tawaran ini terhad kepada rakyat Malaysia iaitu graduan baharu yang berusia antara 20 hingga 30 tahun serta kakitangan kerajaan berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga.
Menurut Fazli Hisham Shukor, Pengarah Jualan Korporat di Proton, tawaran ini adalah salah satu daripada pelbagai kerjasama khas di mana Proton telah laksanakan untuk membantu memudahkan pemilikan semua pelanggannya.

Katanya, di bawah skim istimewa ini, Bank Rakyat menawarkan kelulusan pembiayaan mudah kepada pelanggan, sementara Proton menjadikan tawaran ini lebih menarik melalui pakej servis percuma sehingga dua tahun bergantung kepada model yang mereka pilih. Model Saga didatangkan dengan pakej servis percuma selama setahun, manakala Persona dan Iriz pula selama dua tahun, termasuklah kos pekerja dan alat ganti secara percuma.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Di samping itu, para pelanggan turut berpeluang menikmati kelebihan tambahan daripada pakej insurans yang dipertingkat. Mendapat kerjasama Etiqa Takaful dan Zurich Takaful, Program Insurans Proton menyediakan perlindungan khas iaitu perlindungan utama, elaun banjir serta perlindungan untuk semua pemandu, termasuklah jaminan sifar lebihan caj untuk kereta Proton sehingga 10 tahun.

Pelanggan yang berminat dengan pakej pembiayaan istimewa ini boleh mendapatkannya di semua cawangan Proton di seluruh negara. Selain itu, mana-mana syarikat atau perbadanan yang berminat dalam program pembelian secara pukal (fleet), sila hantarkan e-mel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply