ARKIB

KATEGORI

Buletin

Superlux Auto bakal lancar tiga model skuter elektrik September ini

Berita Tempatan

Views

Superlux Auto Sdn Bhd, pengedar motosikal elektrik menjalinkan kerjasama dengan SarkCyber Innovation dari Shanghai, China bagi mengeluarkan tiga model skuter elektrik sepenuhnya ke pasaran pengguna Malaysia.

Pengarah Urusannya, Fahmi Barakbah Mohamed Salleh, berkata ketiga-tiga model yang akan dilancarkan September ini bakal mengubah pasaran motosikal elektrik sepenuhnya di Malaysia.

Ujar beliau, kebiasaannya motosikal elektrik menggunakan sistem pajakan kerana belum dapat dipasarkan secara meluas kepada pengguna akhir.

Pihaknya mahu menjadikan penjualan motosikal elektrik sama seperti motosikal biasa. Justeru, mereka akan menggerakkan langkah yang agresif bagi merealisasikannya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Superlux akan memasang tiga model skuter elektrik iaitu HC10 yang akan ditawarkan pada harga bawah RM40,000; HC200 (bawah RM10,000); dan eB1 (bawah RM5,000).

Bagi HC10, skuter terbabit hadir dengan spesifikasi seperti kelajuan 125 kilometer sejam (km/j), kuasa maksimum 18,000 watt, daya kilas puncak 350Nm dan jarak tunggangan 180 kilometer (km).

Bagi HC200 pula ia hadir dengan spesifikasi seperti jarak tunggangan 73 km, kelajuan maksimum 70 km/j; kuasa maksimum 4,500 watt dan daya kilas puncak 135Nm.

eB1 pula lebih ekonomi apabila hadir dengan kuasa maksimum 800 watt, daya kilas (120Nm), jarak tunggangan 50km dan kelajuan 50km/j.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, ketiga-tiga model akan dipasang di kilang milik anak syarikat induknya, Elitesoft Capital Bhd iaitu Roda Prestasi Sdn Bhd di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, kemudahan pemasangan berkenaan sudah dimulakan awal bulan ini sebelum pelancaran model berkenaan dilaksanakan. Untuk ketiga-tiga model ini, pihaknya menyasarkan untuk menjual 75,000 unit menjelang 2027.

Dari aspek infrastruktur pula, beliau berkata, Superlux akan mewujudkan 15,000 pusat penukaran bateri di rangkaian pengedaran di seluruh negara menjelang 2027.

Dalam tempoh setahun, pihaknya akan mewujudkan sekitar 20 peratus pusat penukaran bateri bagi memudahkan pelanggan.

Selain itu, mereka juga menyediakan soket kerana bateri ketiga-tiga model ini boleh dicabut dengan mudah dan dicas di rumah. Sekali cas penuh dianggarkan mengambil masa sekitar tiga jam sahaja. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Superlux Auto MY

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply