ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga terima kemaskini kecil, dapat transmisi 4-kelajuan dari Aisin?

Info

Views

Rakan media kami di WapCar.my memaklumkan, Proton telah melakukan kemaskini kecil untuk model Saga pada tahun ini.

Saga dikatakan menerima transmisi 4-kelajuan (4AT) dari Aisin sejak bulan ini yang menggantikan transmisi jenis sama dari Hyundai.

Setakat ini Proton masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi dan harga Saga yang dikemaskini itu difahamkan masih kekal.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Spesifikasinya juga tidak berubah kerana ia hanya pertukaran vendor sahaja. Jika anda masih ingat, tahun lalu ada kelibat Persona dan Saga berwarna putih, tanpa pelitup penyamaran dan menggunakan plat perdagangan telah berjaya dikesan.

Menurut ejen perisik Mat Bond, ada kemungkinan kedua-dua model tersebut sedang menguji unit kawalan kestabilan elektronik (ESC) yang akan dibekalkan oleh vendor baharu, bagi menggantikan unit sedia ada.

Berkemungkinan ujian tersebut turut mempunyai kaitan dengan perubahan pada model Saga tahun ini. Proton telah memperkenalkan Saga MC2 yang dipertingkatkan pada Mei tahun lalu.

Empat pilihan varian ditawarkan bermula dari 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu, 1.3L Premium S AT.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Saga 2022 didatangkan dengan lima pilihan warna, antaranya Snow White (kecuali varian 1.3L Premium S AT), Armour SilverJet GreyRosewood Maroon (kecuali varian 1.3L Premium S AT) dan Ruby Red (kecuali varian 1.3L Standard MT dan AT).

Dari segi penggayaan, Saga 2022 tampil lebih segar dengan skirt depan dan sisi baharu, roda aloi 15-inci baharu dan lampu siang LED.

Dari aspek keselamatan, Saga 2022 dilengkapi dengan dua beg udara SRS (standard bagi semua varian) serta Brek-Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Kesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan juga Bantuan Mula Mendaki (HHA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply