ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak puas hati ekzos bising punca remaja bergaduh

Tular

Views

Ketidakpuasan hati susulan bunyi bising ekzos motosikal dipercayai menjadi motif pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di kawasan padang Taman Muhibbah, di Sungai Siput yang video mengenainya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata, satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira 6.25 petang semalam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam individu termasuk remaja, berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurutnya, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketika dihubungi, Mohd Khaizam berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat namun akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik kertas siasatan mengenainya selesai selain keterangan semua saksi kejadian diambil.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang kelak dapat mengganggu siasatan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply