ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

‘The Flying Sikh’ bakal kembali ke APRC – KBS janji bantu untuk cari dana RM3 juta

Sukan Permotoran

Views

Setelah isu keperitan hidup lagenda rali negara Karamjit Singh mula mendapat perhatian pelbagai pihak, portal Berita RTM melaporkan, masih ada peluang buat jaguh rali negara, buat ‘The Flying Sikh‘ itu untuk kembali beraksi di Kejuaraan Rali Asia Pacific (APRC) di England tahun hadapan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Ia selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican berjanji akan membantu mencari dana sebanyak RM3 juta yang diperlukan bagi tujuan itu. Karamjit telah bertemu Datuk Reezal Merican dengan bantuan Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) di Parlimen, semalam.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Baru-baru ini, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) tampil untuk membantu beliau menerusi beberapa saluran tertentu termasuk memberikan sejumlah dana kepadanya. Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata, pihaknya perlu mendapatkan dahulu maklumat terperinci daripada ikon sukan permotoran itu.

Katanya lagi, MAM pernah membantu pelumba driftTengku Djan (Ley Tengku Mahaleel) dengan memberi sejumlah dana untuk perlumbaannya di luar negara. Karamjit merupakan Juara Dunia World Rally Championship (WRC) 2002 kategori Kereta Pengeluaran Dunia FIA.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Reezal Merican Naina Merican

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply