ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Tanjung Malim terima kunjungan delegasi Duta Besar Uzbekistan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Proton Tanjung Malim (PONSB TM) telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Karomidin Gadoev yang turut diiringi oleh delegasi dari kedutaan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan. Ketibaan mereka telah disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah, Ketua Pengurusan Kawal Selia DRB-Hicom Yang Mulia Tengku Zainudin Tengku Jafar serta ahli kanan pengurusan kanan Proton yang lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Usai lawatan ke Tanjung Malim, Duta Besar berkata, Malaysia adalah rakan jangka panjang dan boleh dipercayai bagi Uzbekistan, kerana kita dihubungkan oleh hubungan perdagangan dan budaya berkurun lamanya, persahabatan, dan keakraban rohani.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan ekonomi dua hala antara Uzbekistan dan Malaysia semakin berkembang. Pada masa ini 36 syarikat Malaysia berjaya beroperasi di Uzbekistan, dan terdapat satu syarikat Uzbekistan di Malaysia.

Menjelang akhir 2024 tiga syarikat Malaysia akan memulakan aktiviti mereka di negara tersebut dan pada masa ini, rundingan dengan beberapa pemain industri Malaysia untuk mewujudkan projek pelaburan bersama sedang berjalan dengan lancar.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Oleh itu, pihaknya berpendapat bahawa terdapat potensi besar yang belum diterokai antara Uzbekistan dan Malaysia dari segi hubungan ekonomi dua hala.

Mereka juga telah mengadakan pertemuan yang memberikan hasil yang positif bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton bagi membincangkan prospek kerjasama bersama dalam industri automotif dan berharap kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Roslan Abdullah berkata, sebagai OEM antarabangsa, Proton sentiasa mencari rakan kongsi untuk meluaskan jangkauannya. Oleh itu, Proton berterima kasih atas kunjungan Duta Besar Uzbekistan bersama delegasinya dan berharap akan ada beberapa perkembangan positif untuk dilaporkan pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply