ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia catat kejayaan luar biasa, ajak peminat sertai peraduan ‘The Lóng龙 Drive’ untuk menangi percutian ke Melaka yang ditanggung sepenuhnya!

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan mendaftar sebanyak 200 unit smart #1, meskipun kurang daripada dua bulan sejak pelancarannya pada 21 November lalu.

Respon daripada pengguna amat positif, rata-rata mereka kagum dengan teknologi canggih dalam kenderaan, ekosistem yang teruji, kemudahan pembelian, serta reka bentuk yang menarik, dan ia hadir dalam pelbagai warna yang memukau.

smart #1 sememangnya menonjol di pasaran dengan sentuhan unik dari Mercedes dan teknologi canggih dari Geely. Sempena permulaan tahun baru, smart Malaysia teruja untuk mengumumkan penambahbaikan kepada Aplikasi Hello Smart.

Aplikasi yang telah dikemas kini itu memudahkan pembayaran dengan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar dan mengecas kenderaan mereka, atau membeli data internet dalam kereta secara terus.

Harga data internet adalah pada 1GB untuk RM8, 3GB untuk RM21, dan 5GB untuk RM30. Keistimewaan utama dalam aplikasi ini ialah peta pengecasan terintegrasi, memberikan akses kepada 70 peratus stesen pengecasan awam di seluruh negara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, ia juga memudahkan proses permohonan pinjaman, menetapkan piawaian baharu untuk pemilikan EV yang lebih mudah diakses.

Untuk menikmati ciri-ciri unik ini, sila muat turun Aplikasi Hello smart di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery untuk mengalami ciri-ciri yang dipertingkatkan ini secara langsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, penambaikan aplikasi ini mencerminkan dedikasi pihaknya untuk memberikan anda pengalaman perjalanan yang luar biasa.

Bagi menambahkan lagi keterujaan, smart Malaysia memperkenalkan peluang eksklusif kepada semua peminat untuk mengalami keseronokan memandu smart #1 dengan memenuhi impian perjalanan mereka melalui percutian yang ditanggung sepenuhnya.

Mereka hanya perlu menyertai peraduan media sosial ‘The Lóng龙 Drive‘ dan mungkin berpeluang menjadi pemenang bertuah yang akan ke Melaka dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Hadiah-hadiah menarik lain yang turut ditawarkan, termasuk TnG e-wallet bernilai sehingga RM200 dan paket Angpao smart Edisi Terhad.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Cara untuk menyertai peraduan ini sangat mudah! Anda hanya perlu berkongsi destinasi tempatan impian anda secara kreatif di bahagian komen peraduan Facebook atau Instagram The Lóng龙 Drive, dan berpeluang memenangi bukan sahaja hadiah hebat malah pengalaman perjalanan yang tidak akan dilupakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram smart Malaysia atau kunjungi Aplikasi Hello smart.

Bersempena dengan ketibaan Tahun Naga, smart Malaysia memperkenalkan tawaran terhebat dan penyelesaian pembiayaan yang sesuai untuk menjadikan perjalanan anda benar-benar memuaskan.

Dengan pembelian mana-mana varian smart #1 sama ada BRABUS, Premium atau Pro, pemilik baharu akan menerima pengecas rumah smartCharge secara percuma bernilai RM3,200 dengan jaminan 2-Tahun dan kredit pengecasan, .

Tawaran ini sah untuk pembelian yang dibuat sehingga 31 Januari 2024. Di samping itu, pembeli boleh memanfaatkan kadar faedah yang rendah, serendah 1.15 peratus, melalui tawaran bank terpilih.

Untuk maklumat lanjut, layari https://my.smart.com atau daftarkan minat anda di https://my.smart.com/reserveMySeat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply