ARKIB

KATEGORI

Info

Apa model baharu Proton rekaan tempatan selepas X50? Ini ramalan kami

Spekulasi

Views

Memandangkan bos besar Proton dah mula ‘membuka mulut’ mengenai dua model baharu yang akan dibangunkan oleh anak tempatan, kami pun rasa terpanggil untuk cuba menilik dan meramalkan apakah model yang sedang dirancang itu.

Jika mengikut perancangan terdahulu, Proton dijangka bakal memperkenalkan sebuah model MPV bagi menggantikan Exora yang boleh dikategorikan sebagai ‘model veteran’ di pasaran. Ura-ura mengatakan pengganti Exora itu nanti bakal dibangunkan dari pelantar Geely Jia Ji.

Dalam artikel terdahulu, rakan kami Idiyaz Baharuddin telah memberi bayangan awal model tersebut yang dijelmakan dalam bentuk imej janaan 3 dimensi. Artikel tersebut ‘cukup hangat’ dan berjaya mengumpul sebanyak 191.3k tontonan di laman web ini.

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Adakah model pengganti Exora salah satu model yang diperkatakan oleh Dr Li Chunrong? Pada hemat kami, ada keperluan untuk Proton bagi menggantikan model ini meskipun pasaran kini lebih terarah kepada SUV. Namun, kami meramalkan yang Proton tidak akan membangunkan Exora dari pelantar Jia Ji kerana tanda harganya sudah pasti jauh lebih tinggi.

Jia Ji boleh diklasifikasikan sebagai sebuah MPV kategori premium dan Proton seboleh-bolehnya tidak mahu membazirkan wang untuk membangunkan model yang boleh dijual dalam julat jualan yang kecil. Senang cerita “tak balik modal” dan mungkin rugi dalam jangka panjang.

Jadi, apakah pelantar alternatif yang boleh diguna pakai oleh Proton untuk membangunkan Exora baharu? Setakat ini hanya pelantar Prevé/Suprima yang ada untuk membangunkan sebuah model MPV segmen-C. Lagipun pelantar ini masih lagi relevan kerana ia dihasilkan untuk membangunkan projek kereta global.

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

Dengan mengitar semula pelantar Prevé/Suprima dan me’rojak’kan pelbagai komponen dari model sedia ada yang lain, kami yakin Proton mampu mengekalkan tanda harga Exora semasa untuk model serba baharu itu nanti. Apakah model kedua yang bakal dihasilkan oleh anak tempatan di Proton nanti?

Kami meramalkan ia adalah model sedan pengganti Saga kerana sebelum ini kami pernah mewar-warkan yang Proton sedang membangunkan pelantar A-segment Modular Architecture (AMA) bersama-sama dengan Geely bagi menghasilkan model-model kereta bersaiz kecil. Model ‘sedan marhaen’ generasi baharu itu dijangka diperkenalkan dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun dari sekarang.

Ini secara tidak langsung selari dengan apa yang dikatakan oleh Dr Li Chunrong yang mengatakan Proton bakal mengeluarkan dua model baharu rekaan tempatan dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun dari sekarang.  Bagi menanti ketibaan model serba baharu itu, Saga ketika ini bakal mengalami beberapa fasa perubahan kosmetik kecil (MC) sekurang-kurang setahun sekali.

Kami akan cuba mengutuskan ejen Mat Bond dalam masa terdekat untuk kerja-kerja penyiasatan awal, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran model pengganti Proton Exora (V70) rekaan Idiyaz Baharuddin

Proton Saga Merdeka Concept rekaan Mohd Kharuddin Shahrun

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply