ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat servis Toyota terpilih bakal beroperasi semula

Berita Tempatan

Views

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak 18 Mac 2020, semua perniagaan kecuali yang berkaitan perkhidmatan penting telah dikehendaki memberhentikan operasi termasuklah pusat servis kenderaan. Walaubagaimanapun, servis dan bantuan kecemasan adalah dibenarkan.

Namun, susulan lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 28 April 2020, MITI telah memberi kebenaran kepada syarikat automotif untuk menyambung semula perkhidmatan lepas jualan di cawangan terpilih. UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mendapat kelulusan daripada MITI untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota terpilih untuk bantuan kecemasan dan keperluan servis segera, dalam kapasiti minimum.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temujanji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan telah mula beroperasi, dan seterusnya menetapkan temujanji yang sesuai sebelum datang ke premis.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi PKP ketika dalam perjalanan. Segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter atau lebih akan di amalkan bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus.

Semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan tempoh jaminan sah yang berakhir di dalam tempoh PKP akan diberi lanjutan 30 hari bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan nanti. UMWT juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline sedia ada.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Pelanggan boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut:

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam

1800-8-TOYOTA (869682)
Hotline tambahan

*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam

017-6278982

016-8696107

014-3335380

016-6332865

016-6387678

011-273 55039

Bantuan kecemasan 24 jam1800-888-247
Emel sokongan pelanggan [email protected]

Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran berkata, pihaknya sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, dan untuk itu semua kenderaan Toyota yang dihantar ke pusat servis akan diperiksa secara menyeluruh untuk memastikan ia berada dalam keadaan terbaik. Tambah beliau, pihaknya ingin menggesa pelanggan untuk terus mematuhi arahan PKP dan membantu untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply