ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020

Berita Tempatan

Views

Menerusi Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memasuki  Fasa ke-4 dan bakal dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Namun begitu kata Perdana Menteri, kerajaan bersetuju memberi sedikit kelonggaran dengan membenarkan para pelajar institusi pengajian tinggi yang berada di kampus ketika ini untuk pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.

Selain itu, mereka yang terkandas di kampung, juga akan dibenarkan untuk kembali semula ke kediaman masing-masing untuk perjalanan sehala sahaja. Mereka perlu membuat permohonan menerusi aplikasi GerakMalaysia atau membuat temu janji di mana-mana balai polis berhampiran bermula 25 April ini.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Beberapa sektor dan sub sektor ekonomi juga akan dibenarkan beroperasi tidak lama lagi, dan ia bakal diumumkan dengan lebih terperinci dalam masa terdekat. Perdana Menteri juga memberi bayangan yang PKP mungkin dilanjutkan lagi namun ia bergantung kepada keadaan semasa dan pada masa yang sama sektor ekonomi juga akan dibuka secara berperingkat.

Perintah Kawalan Pergerakan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ia telah bermula sejak 18 Mac dan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020 di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply