ARKIB

KATEGORI

Buletin

Qoala Malaysia lancar jualan hebat akhir tahun 12.12

Berita Tempatan

Views

Qoala Malaysia (Qoala), hari ini mengumumkan jualan hebat akhir tahun 12.12 dengan menawarkan diskaun 12 peratus bagi insurans kereta kepada pelanggan mereka.

Dengan Qoala, pelanggan dijamin menerima harga terendah, sebut harga serta-merta, dan keupayaan untuk membandingkan produk bagi insurans kenderaan.

Rakan-rakan kerjasama dan penanggung insurans di platform Qoala seperti AXA Insurance, TuneProtect, Trapo, dan Pomen juga turut serta menawarkan potongan sepanjang tempoh diskaun, dengan mengadakan promosi di platform masing-masing.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Mulai 1 hingga 14 Disember 2021, pengguna Qoala akan diberikan diskaun 12 peratus bagi insurans kereta dengan kod promoQOALA1212” yang boleh digunakan di laman web www.qoala.app/my. Kod ini sah sepanjang tempoh promosi untuk semua pengendali insurans yang tersenarai di aplikasi Qoala.app.

Kod promosi yang sama juga boleh digunakan dengan rakan kerjasama Qoala, Trapo, yang akan menawarkan promosi tambahan pada jualan akhir tahun 12.12 kali ini, dengan diskaun 10 peratus di seluruh gedungnya.

Pengurus Negara Qoala Malaysia, Calvin Teng, berkata pihaknya begitu teruja untuk membawakan kemeriahan jualan hebat 12.12 kepada pembeli insurans kenderaan buat julung kalinya.

Tambahnya, inisiatif ini juga merupakan tanda penghargaan kepada semua pengguna Qoala di Malaysia dan merupakan cara mereka menunjukkan nilai dan kesenangan yang boleh dinikmati rakyat Malaysia apabila membeli insurans dalam talian.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Penyertaan Qoala dalam jualan hebat akhir tahun 12.12 kali ini membolehkan pengguna tempatan memanfaatkan perkhidmatan insuransnya pada kos permulaan lebih rendah.

Di samping itu, Tune Protect dan AXA turut sama membawakan tawaran musim perayaan, dengan diskaun istimewa di platform mereka. Tune Protect akan menawarkan diskaun 30 peratus kepada pelanggan serta ganjaran mata BIG (*RM1 = 1 mata BIG).

Sementara itu AXA pula akan menyediakan perlindungan kemalangan diri percuma bernilai RM10,000 di samping diskaun 10 peratus.

Selain daripada itu, terdapat juga tawaran mengejut daripada rakan-rakan Qoala dengan setiap pembelian pelanggan. Tambah Calvin lagi, pelanggan tidak perlu bimbang tentang sebarang tuntutan kerana pihaknya bersedia untuk membantu mereka melalui proses tuntutan dengan rakan-rakan insurans.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply