ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid Bus beli 90 unit bas dua tingkat Volvo

Berita Tempatan

Views

New Straits Times melaporkan, Prasarana Malaysia dan Volvo Buses baru-baru ini telah mengumumkan perolehan 90 unit bas dua tingkat sebagai sebahagian daripada program penggantian armada Rapid Bus. Model yang bakal diperolehi merupakan unit Volvo B8L dua tingkat yang menepati piawaian Euro 6 dan ia bakal menggantikan beberapa unit bas satu tingkat sekitar Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton</a

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai pembelian dan penyelenggaran bas tersebut, namun kata Prasarana meskipun hanya diesel Euro 5  akan digunakan, bahan bakar itu nanti bersesuaian dengan bas tersebut. Perkara tersebut telah diumumkan semasa Persidangan Bus Rapid Transit (BRT) di Putrajaya yang dianjurkan oleh Volvo Buses bersama dengan Technology Depository Agency (TDA) dan Prasarana.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang turut hadir di persidangan tersebut berkata, Sarawak dan Johor bakal mendapat sistem BRT mereka sendiri di Kuching dan Johor Bahru. Pengumuman tersebut dibuat bersempena dengan perbincangan lanjutan bagimemperluaskan penggunaan sistem BRT di Lembah Klang.

Buat masa ini, Bandar Sunway di Lembah Klang merupakan satu-satunya bandar yang menggunakan sistem BRT dan ia masih dalam peringkat percubaan. Ia dikendalikan dan diuruskan oleh Prasarana.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply